Ahlan Wa Sahlan ................ Selamat Datang

Sunday 11 December 2011

Kata-kata Hikmah


" Redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa ."




Adab merupakan asas kehidupan, namun begitu tahukah kita apa yang dimaksudkan dengan adab?
Pengertian
Adab dalam istilah bermaksud adat kebiasaan. Kata adab dapat menunjukkan pada suatu kebiasaan, etika, pola tingkah laku yang dianggap sebagai contoh. Istilah adab membawa makna etika dan sosial. Kata dasar Ad mempunyai erti sesuatu yang mentakjubkan, atau persiapan atau pesta. Adab dalam pengertian ini sama dengan kata latin urbanitas, kesopanan, keramahan, kehalusan budi pekerti masyarakat kota.
Dengan kata lain adab sesuatu bererti sikap yang baik dari sesuatu tersebut. Misalnya Adab Islam maka berarti adab yang baik yang ditetapkan oleh Islam berdasarkan pada ajaran-ajarannya.
Sumber Adab
Dalam dunia Islam adab hanya memiliki satu sumber iaitu Rasulullah saw, dimana kebiasaan-kebiasaan itu bersumber pada dua dasar yakni Al-Qur’an dan Sunnah. Meliputi juga perbuatan-perbuatan dan perkataan Rasulullah serta perintah-perintahnya yang tidak langsung. 
Sebagaimana firman Allah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.
[al-Qalam 68:04]
 

Kasihnya Ibu Sampai ke Syurga......

KASIHNYA IBU SAMPAI KE SYURGA….

April 30, 2009 · 
Saya terharu membaca berita mengenai kasihnya seorang anak yang sanggup berenang selama 12 jam ditengah laut sambil mengheret mayat ibunya yang telah mati lemas. Itulah kisah Aqeel Qirqeel, 14 tahun satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden bot karam di perairan Teluk Rumania, Johor. Insiden ini turut mengorbankan 6 orang anggota keluarga Aqeel.
Insiden dan peristiwa ini sangat menyentuh perasaan saya dan tergambar di mata saya bagaimana rasa kasihnya seorang anak yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kasihnya pada seorang ibu yang telah meninggal kerana lemas, kerana tidak mahu mayat ibunya terus hanyut dan hilang.
“Saya tahu ketika itu ibu saya sudah meninggal dunia tapi saya tidak mahu melepaskan mayat ibu. Saya bimbang ibu akan hilang atau tenggelam”.
Kasih Aqeel jadi ingatan kepada kita, bahawa tanggungjawab menyayangi kedua ibubapa bukan sahaja ketika mereka masih hidup, tetapi ia menjadi tanggungjawab wajib kepada setiap anak samada ibubapa masih hidup atau telah tiada. Saya yakin, jika kita insaf dengan apa yang Aqeel lakukan, nescaya kita tidak tergolong dalam kelompok anak yang derhaka dan melupakan tanggungjawab kita kepada mereka, kerana itu tidak hairanlah bila dikatakan bahawa ‘syurga itu dibawah tapak kaki ibu.’Seorang ibu boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu.Renungkanlah.

Adab Terhadap Ibubapa

Ibubapa merupakan orang yang paling penting dalam kehidupan kita, tanpa ibubapa siapakah kita?
Sebagai anak kita perlu memelihara adab kita terhadap ibubapa dengan sebenar-benarnya dan mengambil berat tentangnya. Namun dewasa kini banyak kes berlaku tentang anak derhaka contohnya laporan Harian Metro bertarikh 29 November 2011 yang bertajuk " Gilakan Harta Anak Angkat sanggup pukul bapa"
  Oleh itu sebagai anak kita perlu menghindarkan perbuatan yang boleh menyebabkan derhaka terhadap ibubapa. Kita perlu jadikan ibubapa sebagai perkara yang paling utama dalam kehidupan. Justeru adab terhadap ibubapa perlu kita amalkan.
 Antara adab terhadap ibubapa ialah:


i. Bercakap dengan hormat dan sopan santun
ii. Merendahkan suara dihadapan mereka
iii.Menumpukan perhatian ketika mereka bercakap
iv.Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
v. Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap
vi. Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
vii.Memberi hormat semasa bertemu dengan mereka
viii.Mencium tangan mereka sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
x. Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
xi. Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk