Ahlan Wa Sahlan ................ Selamat Datang

Contoh Rancangan Mengajar Harian Adab terhadap Ibubapa


Mata Pelajaran
PENDIDIKAN ISLAM
Kelas 
5  SYAFIE
Tarikh

Masa 
11.40 – 12.40 TENGAH HARI
Bil. Murid
35 ORANG
Bidang           
Adab Islamiah
Tajuk 
Adab Dengan Ibu Bapa

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1.         Menyatakan maksud dan hukum beradab dengan ibu bapa.
2.         Menyenaraikan 5 cara beradab dengan ibu bapa.
3.         Menjelaskan 5 kebaikan / hikmah beradab kepada ibu bapa
4.         Membaca doa mendoakan kesejahteraan ibu bapa

Penerapan nilai
Bertanggungjawab kepada ibu bapa
KBKK
Mengenalpasti, menganalisis masalah
Pengetahuan sedia ada
Murid pernah mengamalkan  adab dengan ibu bapa

Bahan Bantu Mengajar

Powerpoint, lembaran kerja,

MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN


 (5 min)


Permulaan Pengajaran
Set Induksi:

1.  Guru mengedarkan sehelai kertas kepada semua murid. 
2.  Murid diberi masa 2 minit untuk menulis nama ibu bapa dan menulis perasaan mereka kepada ibu bapa masing-masing.
3.  Guru memilih 5 orang murid untuk menyebut nama ibu bapa dan membacakan ucapan yang telah ditulis.

4.  Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid.
i.  apakah perasaan kamu apabila menyebut nama ibu dan ayah?
ii. adakah kamu sayangkan mereka?
iii.  Pernahkah kamu melukakan hati mereka?  Apa yang kamu lakukan apabila menyedari kesilapan kamu itu?

5.  Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.




Bahan bantu mengajar:
laptop
lcd projektor



Kecerdasan pelbagai:
Verbal-linguistik
interpersonal

MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN


(10 min )


Langkah 1
1. Guru menayangkan klip video filem dan meminta murid  menonton tayangan klip video dengan senyap.
2. Guru  bersoal jawab dengan murid mengenai klip video yang dilihat.
a.   Apakah yang telah dilakukan oleh si anak kepada ibu bapanya?
b.  Adakah anak itu menghormati ibu bapanya?

3.   Murid memberikan sumbang saran terhadap soalan guru.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan maksud adab dengan ibu bapa dan hukum beradab dengan ibu bapa.


·                    Hasil pembelajaran 1
             
KBKK
--Menganalisis

Penerapan Nilai :
Tekun



 Bahan bantu mengajar:
 Lap top, klip video



10 minit
Langkah 2
1. Guru memberi penerangan menggunakan slaid powerpoint.
-  Adab-adab dengan ibu bapa

2.   Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan penerangan yang telah  diberi.

Hasil Pembelajaran 2

KBKK
--Menganalisis

Penerapan Nilai :
Bertanggungjawab

i. slaid powerpoint


MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN



15 minit


Langkah 3

1. Murid  diarahkan duduk secara berpasangan.
2.  Setiap pasangan murid diedarkan dengan 1 set gerak kerja.
3. Guru memberi penerangan mengenai aktiviti perbincangan.
4.  Murid diberi tempoh masa 6 minit untuk berbincang.
5. Guru mengadakan sesi perbincangan hasil dapatan perbincangan murid. dengan meminta beberapa orang murid membentangkan hasil perbincangan mereka

6.  Guru meminta pandangan murid mengenai hikmah yang diperoleh jika beradab dengan ibu bapa.

7.  Guru memberi penerangan mendalam  mengenai hikmah yang diperoleh jika beradab dengan ibu bapa.




·         Hasil Pembelajaran 3

Penerapan Nilai :
Bekerjasama,

KBKK :
Menganalisis

Bahan bantu mengajar:
 Borang kerja berpasangan





MASA
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

(10 Minit)
Langkah 4
Peneguhan

Permainan

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.
2. Setiap kumpulan bermain permainan ‘model monopoli’
[ rujuk lampiran]
3. Selepas permainan , guru bersoal jawab dengan murid  mengenai permainan .
4.  Guru meminta murid menyatakan beberapa situasi yang mereka temui dalam permainan.


Penerapan Nilai:

Kerjasama
Tekun

Bahan Bantu:
Permainan monopoli adab

10  minit

Penutup

1.  Guru membimbing murid membuat rumusan.

2.  Guru meminta bernasyid bersama-sama.

3.  Guru meneguhkan kembali isi pelajaran.



Bahan Bantu
Klip nasyid



No comments:

Post a Comment